INI KATA AKU..APE PULAK KATE KAU??
LIKE POST KALAU SUKE + LIKE PAGE KALAU FANS + FOLLOW KALAU LIKE KUCING AQ
* LAKARAN DUNIA DARI PANDANGAN AKU *
 orang yg tgh bace tu, hyee..hehe
.......

Thursday, 19 April 2012

Lagenda kisah hantu Maek Nak


Nang Nak, Mae Nak ,Hantu Kak Limah so on adalah nama filem yang cukup popular di Thailand dan Malaysia. Bermula dengan di filemkan seawal tahun 1958 hingga 2005, kisah tragis hantu ini masih kekal relevan di kalangan peminat walaupun sepcies2 hantu juga sudah mengalami zaman glamour tersendiri kecuali indonesia yang mempunyai bermacam species pocong. Jenglot mahupun kuntilanak masih kalah undi,gua syak kelab peminat pocong yang over pangkah. Ciss..


Mae Nak atau nama penuh di IC Mae Nak Phra Khanong di katakan wujud pada abad ke 19. Berdasarkan lagenda, kisah Mae Nak ini berlaku ketika pemerintahan Raja Mongkut. Kisahnya tentang seorang perempuan cantik bernama NAK dan suaminya MAK. Ketika Nak sedang mengandung, suaminya Mak di panggil ke medan perang, menentang Shan dan cedera. Dia di rawat di Bangkok. Malangnya, isteri kesayangan Mak ,meninggal ketika melahirkan anaknya, ketikaitu Mak sedang berperang.


Pulang ke rumahnya, Mak merasakan keadaanya tiada beza. Nak sedang menunggunya bersama anak yang baru di lahirkan. Jiran-jiran sekitarnya cuba memberitahu perkara sebenar akan kematian isterinya tetapi Mak tidak percaya. Suatu malam yang hening di selangi tiupan bayu sejuk, Mak terdengar sesuatu di belakang badannya. Dia mula berasa seram. Krekkk...bunyinya makin kuat. Mak dengan takut makin menjeling ke belakang. Kemudian....kreekkkk..damhh! 


seperti biasa korang tengok kat wayang, tak ada apa2 pon,(TIPIKAL FILEM SERAM MALAYSIA)


Ok, serius
Suatu hari ketika Nak sedang menyediakan Nam Phrin (makanan kot), dia menjatuhkan limau ke bawah siling. Nak dengan malasnya memanjangkan lengannya untuk mengutip limau tersebut. Lalu terkantoilak Nak bahawa beliau bukan species human. Mak akhirnya sedar isterinya ialah hantu. Dia pun cabut dengan senyap.


Selepas mengetahui suaminya cabut lari, Nak pun mengejar. Setelah beberapa ratus meter ,Mak cabut lari dan bersembunyi di kuil Wat Mahabut, di mana Nak tak dapat masuk. Nak dalam kesedihan dan putus asa , melepaskan kemarahan kepada penduduk Phra Khanong,  yang membantu Mak untuk meninggalkan dia. Akhirnya hantu Nak pun di tangkap dan di buang ke dalam terusan.


Kisah Mae Nak ini terdapat beberapa versi tersendiri dan versi di atas antara yang popular. Cerita ini mendapat tempat di kalangan rakyat kerana menunjukkan betapa kasih dan sayangnya Nak pada suaminya.


Percaya atau tak, aku tak pernah pon tengok cerita ni, keh3

Tuesday, 10 April 2012

Real Madrid buang lambang salib

Gergasi bolasepak dunia, Real Madrid mengambil keputusan untuk membuang lambang salib pada logo kelab itu setelah di pakai berabad lamanya. Simbol kristian mula di pakai di embled Real Madrid pada tahun 1920
Penjenamaan semula kelab terkaya dunia itu adalah strategi baru dalam mendekati pasaran peminat bolasepak muslim di sekitar eropah dan asia timur.
Akhbar Spanish Marca mendedahkan bahawa perubahan itu bagi mengelakkan salah faham dan konflik membabitkan negara yang majoriti rakyatnya islam.

Penjenamaan semula logo ReaL Madrid tanpa salib ini akan di mulakan dengan pembinaan resort sukan bernilai 1 billion dollar di UAE yang juga bakal menjadi taman tema pertama menggabungkan aspek sukan dan pelancongan.


beberapa lambang salib di logo persatuan sukan ,dan haram di pakai muslim

portugal fa



brazil fa

Korang mungkin juga PERLU baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...